Bersemadi Jenazah Mangsa Tragedi Pesawat MH17

Dua Jenazah rakyat Johor yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 disemadikan di Pagoh dan Segamat

Pada Jumaat 22 Ogos, dua daripada jenazah mangsa tragedy pesawat MH17 yang berlaku baru-baru ini akan dibawa peluang ke kampung halaman mereka iaitu di Pagoh dan Segamat. Untuk makluman, kedua-dua jenazah ini akan dibawa menggunakan helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh serta Padang B (berhampiran Sekolah Tinggi Segamat) di Segamat. (Jenazah dijangka tiba kira-kira pukul 12.30 tengahari).

Sebaik tiba, jenazah akan dibawa ke Masjid IKBN Pagoh dan Masjid Jamek Segamat untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke rumah keluarga masing-masing. Seterunya, kedua-dua jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin akan menyambut ketibaan jenazah di IKBN Pagoh manakala Speaker Dewan Negeri, Tan Sri Mohamed Aziz serta tiga Exco Kanan Kerajaan Negeri akan menyambut jenazah di Segamat.

Pada hari tersebut, rakyat diingatkan supaya memakai pakaian berwarna suram bagi menghormati hari tersebut sebagai Hari Berkabung Negara. Bagi mereka yang terlibat secara langsung, mereka hendaklah memakai baju melayu berwarna suram bagi lelaki dan baju kurung berwarna suram dengan selendang hendaklah berwarna hitam.

Seluruh rakyat berbilang kaum di negeri ini juga dibolehkan untuk sama-sama menyambut kepulangan jenazah ini. Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada jenazah mangsa dan semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat. Insya-Allah.

 

Sekian.

Haji Norizan bin Kulob

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor

20 Ogos 2014

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top