31 Januari 2016 – Amalan membantu masyarakat yang memerlukan selalu diamalkan khusus di Parlimen Pasir Gudang kepada masyarakat yang kurang bernasib baik seperti lawatan bersendiri mahupun secara bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.
UMNO Bahagian Pasir Gudang, MCA Bahagian Pasir Gudang serta gabungn NGO yang diketuai oleh Persatuan Meninggikan Akhlak Che Sir Khor Masai sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi bagi menghadapi cabaran ekonmi yang pesat membangun di Johor.
“Sebanyak RM 50 ribu telah diperuntukkan dan bantuan berupa barangan dan wang tunai kepada 300 org penerima tidak kira masyarakat Tiong Hua tetapi semua masyarkat yang memerlukan di hari perayaan Tahun Baru Cina ini mendapat bantuan yang disumbangkan.”
“Saya akan lebih memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setempat berkenaan sejauh mana program bantuan kerajaan samada smpai atau tidak kepada orang ramai khusus kepada golongan yang benar-benar memerlukan serta proses ini berterusan.” Kata YAB Dato Mohamed Khaled Bin Nordin ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor ketika sidang media Penyampaian Bantuan Kepada Keluarga Kurang Berkemampuan sempena Tahun Baru Cina sekitar Megah Ria dan Masai.