..."/>

YAYASAN PASIR GUDANG SUMBANG ‘FACE SHIELD’ PERCUMA BAGI PELAJAR SPM DI PASIR GUDANG

10 Febuari 2021- Yayasan Pasir Gudang di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengedarkan 1,100 unit ‘face shield’ kepada 12 sekolah dalam kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang hari ini untuk diedarkan kepada para pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Usaha ini digerakkan demi keselamatan para pelajar bagi memastikan mereka dilengkapi dengan ‘face shield’ agar dapat menghadapi peperiksaan dengan peralatan penjagaan fizikal yang bersesuaian.

Tn Hj Baharuddin, Ketua WHIP MBPG bersama Sdr. Madyasir, Ahli Majlis MBPG Zon Seri Alam mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan sumbangan di SMK Bandar Seri Alam hari ini.

Peperiksaan SPM bakal bermula pada 22 Febuari 2021.

Top