..."/>

WALKABOUT KHALED PRIHATIN DAN PELANCARAN PG TROOPERS

20151107_091121

20151107_090905

20151107_091819

20151107_093213

20151107_093230

20151107_093319

IMG-20151107-WA0007

20151107_092223

20151107_100925

20151107_113902

Pg Troopers merupakan satu pergerakan sukarelawan yang diberi nafas baru oleh Yayasan Pasir Gudang. Ia bertujuan untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai aktiviti kesukarelawan bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Seramai 300 orang ahli yang telah mendaftar pada hari Sabtu 7 November 2015 ketika pelancarannya yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas di Kg. Pasir Gudang Baru.

Pada masa yang sama YAB Menteri Besar juga telah membuat lawatan ke rumah yang terbabit untuk kerja-kerja baik pulih rumah yang dilakukan oleh sukarelawan PG Troopers. Antara kerja yang terlibat adalah pendawaian, pembersihan, mengecat dan menggantikan perabut yang usang dan rosak. Sebanyak RM 50 ribu telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi mengubahsuai rumah yang terlibat dalam usaha PG Troopers menjayakan program yang diberi nama Khaled Prihatin.

Antara ahli yang telah mendaftar sebagai PG Troopers terdiri daripada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Pasir Gudang, KPYPJ dan sukarelawan mengikut zon setempat di dalam Pasir Gudang. PG Troopers ini juga akan bertindak untuk melaksanakan hasrat PBT bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk sekitar Pasir Gudang yang kurang berkemampuan.

Top