..."/>

USAHAWANITA PASIR GUDANG DIPERKASA MELALUI KOPERASI SERI CEMPAKA

PASIR GUDANG: Pembukaan rasmi Kedai Koperasi Seri Cempaka di Pusat Bandar Pasir Gudang, dilihat dapat membantu usahawan wanita terutama golongan ibu tunggal. Majlis perasmian kedai koperasi yang dianggotai 57 usahanita itu disempurnakan oleh YAB Dato Mohamed Khaled bin Nordin, ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Normala Abd Samad; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A Rahim Nin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim.

Normala berkata, sebagai Ahli Parlimen kawasan itu, idea mewujudkan kedai koperasi terbabit bertujuan menangani kos sara hidup yang menjadi kebimbangan setiap keluarga. “Seramai 57 peniaga kecil wanita mula menikmati hasil pelaksanaan kedai koperasi ini dan pendapatan yang selama ini hanya RM50 sehari meningkat sehingga RM200 menerusi penjualan produk seperti kuih.”

Sebagai Menteri Besar, YAB sentiasa menyokong penubuhan koperasi kerana setiap ahli koperasi akan mendapat agihan keuntungan jika koperasinya bergerak secara aktif yang dapat membantu menambah pendapatan.

‘Malah, pihak Koperasi juga perlu mengenal pasti produk-produk usahawanita untuk mendapatkan kelulusan sijil halal kerana soal itu adalah penting dalam pemasaran sesuatu produk,” tegasnya.

Beliau menambah, peranan yang dimainkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan keperluan untuk berniaga seperti kedai juga dapat membantu mencapai tujuan tersebut.

“Pihak Majlis dan PBT perlu merancang dan mengambil tindakan dalam memenuhi kehendak dan keperluan perniagaan di kawasan PBT masing-masing.”

“Ini kerana semua peniaga adalah pemegang taruh di sesuatu kawasan, dan hubungan itu perlu di jaga dengan baik,” katanya.

Kelab Usahawanita P159 turut menguruskan Pasarnita Scientex sejak September tahun lalu membabitkan 37 peniaga dan penyediaan seterusnya menubuhkkan Pasarnita Johor Jaya, Pasarnita Laman Tasek dan Taman Cendana di sini, selain `flea market’ di Bukit Layang-Layang setiap Sabtu membabitkan 25 ahli kelab.

Top