..."/>

UMNO PASIR GUDANG TERUS FOKUS PENINGKATAN JUMLAH KEAHLIAN BARU – KHALED NORDIN

FB_IMG_1458328563906

FB_IMG_1458328904698

IMG-20160319-WA0000

TAMAN CENDANA- Dalam Majlis Perasmian Persidangan Gabungan 7 Cawangan dalam Taman Cendana, ketua-ketua cawangan telah menyerahkan borang keahlian baru UMNO cawangan kepada YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Antaranya ialah Ketua Cawangan Taman Cendana 4, Sdr Shamsul Bahrin Ibrahim telah menyerahkan 143 orang keahlian baru, seterusnya Ketua Cawangan Rumah Pangsa Taman Cendana telah menyerahkan 70 orang keahlian baru. Hal ini menunjukkan Parti UMNO terus menjadi pilihan masyarakat pelbagai lapisan umur di Pasir Gudang.

Majlis perasmian persidangan di Taman Cendana ini merupakan cawangan pertama dalam bahagian Pasir Gudang yg mengadakan mesyuarat agung dan ianya diadakan secara gabungan. Semangat permuafakatan yang  tinggi ini sememangnya dapat mengukuhkan rasa kebersamaan dalam satu perjuangan yang digerakkan oleh UMNO.

Mesyuarat persidangan ini sangat penting terutama dalam keadaan parti dan negara menghadapi pelbagai cabaran yang menguji kelangsungan UMNO kalau tidak dijaga dan dipelihara ia akan  mengelirukan. Ia juga  menguji perpaduan ahli UMNO dan sejauhmana kesepakatan dalam cawangan selama ini.

Disamping dalam usaha merealisasikan Gagasan Johor Berkemajuan ia memerlukan sebuah perancangan dan gerakan yang efektif bukan sekadar menjayakan persidangan bagi memenuhi jadual mesyuarat agung.

Top