..."/>

Ucapan Khas Tahun Baru 2014, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin

Alhamdulillah, ingin saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan keberkatan Nya, kita di beri peluang untuk menempuh satu lagi tahun yang akan menentukan di mana kita akan berada di masa hadapan.

Syukur kita ke hadrat illahi, setelah segala onak duri dan dugaan kita alami sepanjang tahun 2013, kita masih mampu merasai suasana harmoni dan aman damai terutamanya bagi seluruh kawasan Pasir Gudang.

Arus permodenan yang rancak membangun sudah tentu ianya menjadi satu cabaran yang paling besar bagi penduduk Pasir Gudang. Saya memahami keluh kesah masyarakat yang tinggal di kawasan ini namun saya yakin penduduk di sini mempunyai kebolehan yang tersendiri dalam pelbagai bidang. Kekuatan kita adalah kesepakatan di antara kita dan ianya adalah penting dalam menguasai sektor ekonomi supaya kita tidak terpinggir dalam kepesatan dan pembangunan negara.

Kita boleh meletakkan Tahun 2013 sebagai satu pengalaman untuk kita terus maju. Insya,Allah dengan amanah yang di berikan oleh rakyat kepada saya, sudah pasti khidmat saya sebagai wakil rakyat dan Menteri Besar Johor Darul Ta’zim saya laksanakan sebaik mungkin serta penuh tanggungjawab  dan amanah.

Saya berharap dan yakin tahun ini akan mencorakkan satu perubahan yang baik kepada diri kita dengan slogan ‘Rakyat Muafakat, Negeri Berdaulat’. semoga ianya memberi satu wadah baru kepada kita.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Ikhlas

Mohamed Khaled Bin Nordin

Menteri Besar Johor Darul Ta’zim

Merangkap ADUN Kaw. Permas

Merangkap Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang

Top