..."/>

Transformasi Rakyat Menerusi Kebijaksaan Dan Daya Inovasi Mahasiswa

Saya sentiasa percaya generasi muda khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) boleh menyumbang secara tersendiri dan bermakna kepada pembangunan negara. Justeru Program Duta Jauhar yang telah dilancarkan akan diteruskan. Sebanyak RM 1.5 juta akan diperuntukkan kepada Program Duta Jauhar ini bagi tahun 2015 agar mana-mana mahasiswa IPT yang mempunyai idea inovatif dan mampu mengislahkan masyarakat boleh memohon dana untuk menyokong dan melaksanakan projek mereka.

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor yang mengiktiraf peranan golongan mahasiswa Johor untuk bersama-sama menyumbangkan idea dan tenaga dalam agenda pembangunan masyarakat dan negeri. Kumpulan mahasiswa melaksanakan projek-projek yang berpotensi memberi impak dan manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di setiap daerah Negeri Johor.

MATLAMAT PROGRAM

2.1 Mahasiswa sebagai Agen Transformasi

2.2 Peningkatan Taraf Hidup & Sosio-ekonomi Rakyat

2.3 Mendokong Pelan Suara Hati Johor

Sumber : Jauhar

Top