..."/>

TINJAUAN PERKEMBANGAN TAPAK PENJAJA MERBAH – MURAI, SCIENTEX

Petang semalam (Sabtu, 25 September) saya berkesempatan meninjau perkembangan semasa kerja-kerja pembinaan tapak penjaja yang baharu di Jalan Merbah-Murai di Persiaran Scientex, Taman Scientex.

Projek ini mendapat peruntukan daripada pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), dan dilaksanakan kerja-kerja pembinaannya oleh pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Projek ini ada sedikit mengalami kelewatan memandangkan pelaksanaan PKP & PPN sebelum ini.Namun berdasarkan lawatan saya semalam, saya yakin projek ini dapat disiapkan kerja-kerja pembinaannya dan diserahkan kepada pihak Bandaraya dalam masa terdekat.

Ianya dibina sebagai penyelesaian kepada isu serta permasalahan yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil sepanjang Persiaran Scientex.

Ini bagi memastikan semua pihak kelak mendapat manfaat termasuklah hak penjaja dan peniaga kecil, keselesaan dan keselamatan para pengunjung, ketenteraman penduduk kawasan sekitar, dan tanggungjawab pihak Bandaraya sendiri.

Sejak dari awal saya diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Majlis bagi kawasan tersebut, isu penjaja di Persiaran Scientex ini memang sangat mendapat perhatian saya.

Menjadi komitmen peribadi saya untuk mendapatkan penyelesaian menang-menang kepentingan semua pihak terlibat.

Moga-moga tapak baharu ini akan memberi keselesaan kepada penjaja dan peniaga kecil untuk berniaga dengan lebih baik, di samping memastikan aspek keselamatan dan kenteteraman pembeli, pengunjung dan penduduk sekitar akan lebih terjamin, in sha Allah

Top