..."/>

SUKAN BERBASIKAL BERAMAI RAMAI TEPATI HASRAT GAGASAN JOHOR BERKEMAJUAN

IMG_20160213_090415

IMG_20160213_112558

13 FEBRUARI 2016, Taman Rinting – Sokongan kuat pada persatuan Persatuan Peminat Berbasikal dan Kebajikan Pasir Gudang yang berada di kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang menunjukkan satu petanda baik buat masa depan peminat sukan berbasikal dan masyarakat setempat di Pasir Gudang.

Ini selaras dengan konsep Gagasan Johor berkemajuan untuk dijayakan bukan sahaja difahami atau disambut tetapi mesti diterjemahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Johor. Gagasan Johor Berkemajuan ditubuhkan bagi membentuk peribadi individu dalam negeri yang mempunyai ekonomi yang rancak dan membangun.

“Program riadah kemasyarakatan akan melahirkan muafakat yg lebih besar tidak kira latar belakang dan bangsa. Melalui persatuan ini kita boleh jalin hubungan bersama persatuan berbasikal dari bangsa lain. Itulah nilai Bangsa Johor yang sentiasa melahirkan Muafakat Johor yang kuat dan dikenali oleh orang luar.” Katanya

Ia sangat menepati hasrat Gagasan Johor Berkemajuan yang akan diterjemahkan melalui galakan masyarakat beraktiviti dalam membawa kpd kesejahteraan sosial, melahirkan perpaduan dan bertukar pendapat, menjaga antara satu sama lain serta dapat mengeratkan silaturrahim.

Top