..."/>

Sesi diolog bersama MBJB

JOHOR BAHRU 7 Feb : Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merancang mengadakan beberapa siri taklimat dan dialog bersama pemilik rumah kos rendah di kawasan seliaannya.

Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim berkata, sesi taklimat itu bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan asas serta profesional khususnya kepada pihak yang terlibat dengan pengurusan bangunan berstrata.

“Taklimat ini bagi membolehkan Badan Pengurusan Bersama (JMB), pemaju dan ejen pengurusan mengetahui tanggungjawab, peranan dan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan penyelenggaraan bangunan.

“Antara zon yang terlibat dengan taklimat itu adalah Kebun Teh, Pandan, Kempas, Larkin, Bukit Kempas, Bandar Baru Uda, Majidee, Taman Johor, Kampung Baru, Taman Molek, Pasir Pelangi dan Kangkar Tebrau,” katanya di sini baru-baru ini. (UTUSAN)

Top