..."/>

SELURUH AHLI UMNO JOHOR DINASIHAT BERMUAFAKAT MENENTANG FITNAH

KOTA TINGGI, 13 April – Ahli UMNO dan Barisan Nasional memerlukan fakta dan kepantasan dalam menangkis fitnah terutama yang semakin serius di media sosial.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid menyifatkan, peranan dan tanggungjawab ahli UMNO itu sendiri ialah segera menolak fitnah dan adu domba yang sering ditujukan kepada kepimpinan UMNO dan BN.

fe7b6bfb-0918-45e5-bb9b-fce0f28fc5fd“Boleh dikatakan, hampir setiap hari ada sahaja fitnah yang ditujukan kepada kepimpinan parti dan kerajaan. Ini bukan sahaja berlaku di peringkat pusat, malah ia juga berlaku di dalam negeri-negeri khususnya yang menjadi kubu kuat UMNO dan BN seperti di Johor.

Contohnya, apa yang berlaku baru-baru ini di Johor, sedikit sebanyak mengemparkan dan memanaskan juga ‘arena politik’ di negara kita.

Boleh saya sifatkan dakwaan gerakan menyingkir Menteri Besar Johor, Dato’ Khaled Nordin adalah cubaan melaga-lagakan Menteri Besar Johor dan ahli-ahli UMNO dengan Presiden UMNO,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Namun, jatidiri setiap ahli UMNO Johor dan Bangsa Johor sangat kuat. Maka apabila berhadapan dengan fitnah sebegini naluri pertama ialah semestinya bermuafakat membentengi fitnah yang berhasrat untuk memecah-belahkan ahli UMNO Johor.

“Dato’ Khaled seorang yang sangat faham akan keperluan rakyat. Beliau berjaya merancang dan melaksanakan pelbagai program yang membina upaya rakyat mahupun kerajaan. Kerangkakerja perlaksanaan beliau realisitik dan mampu dicapai. Beliau juga memahami dinamisma sosio politik Johor dan Malaysia.

“Adalah lebih baik kita fokus kepada pegangan perjuangan kita iaitu mengekalkan kuasa sedia ada demi mengekalkan warisan, kita semua bertanggungjawab dalam memastikan masa depan yang sejahtera demi agama , bangsa dan tanahair.”

“Fitnah kini sudah sampai pada tahap memudaratkan. Kita kena hentikan atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan yang boleh mengurangkan fitnah,” ujarnya lagi.

Top