..."/>

RAKYAT SABAH ANTARA PENYUMBANG EKONOMI JOHOR

SERI ALAM, 26 NOVEMBER – Sejak tahun 1980-an masyarakat Sabah telah bermastautin di Johor untuk mencari rezeki sehingga mencecah 10 ribu orang pada tahun ini. Ini merupakan satu kesan yang amat positif berikutan mereka sama-sama memainkan peranan dalam memperkukuhkan ekonomi di Johor.

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor berkata ketika hadir dalam program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran UMNO Cawangan Pangsapuri Sri Delima dan Persatuan Suluk bersatu Negeri Johor.

Kehadiran Masyarakat Sabah bukan sahaja mencari rezeki,  tetapi mereka sentiasa merebut peluang yang wujud di Pasir Gudang bagi membina keluarga bahagia dan sejahtera supaya masa depan mereka lebih baik.

“Masyarakat Sabah turut mnyumbang pada ekonomi Johor dalam menjadi kuasa selatan tanah air kerana masyarakat Sabah menyumbang pada kerja berkemahiran tinggi.”

“Kerajaan negeri mempunyai pelbagai perancangan bagaimana untuk membangunkan negeri dan segala manfaatnya  agar dapat dirasa oleh semua lapisan masyarakat dan tidak kira latar belakang yang berbeza”

“Kestabilan ekonomi Johor dapat dicapai kerana perpaduan semua peringkat dalam negeri. Masyarakat Sabah sangat membantu dalam membangun agenda negeri serta keyakin pada kerajaan negeri Johor untuk membela masyarakat Sabah sangat dihargai.”katanya.

Dalam pada itu, Beliau turut menyokong penuh permintaan Masyarakat Sabah untuk pembinaan bumbung bagi pasar Sabah di kawasan tersebut yang akan dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan meluluskan  peruntukan RM 25 ribu kepada Persatuan Suluk Bersatu.

Top