..."/>

PUSAT USAHAWAN INKUBATOR PASIR GUDANG MULA BEROPERASI

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Serahan Surat Tawaran dan Kunci Inkubator PIJ di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

16 orang usahawan telah memulakan operasi perniagaan masing-masing di Bangunan Inkubator Usahawan Muda PIJ itu yang disiapkan pada bulan Disember 2016.

Inkubator ini bertujuan membantu mereka yang baru memulakan perniagaan dengan menyediakan ruang premis pada kadar sewaan RM300 selama dua tahun.

Ia bagi membantu meringankan beban usahawan ketika peringkat awal membangunkan perniagaan sebelum mereka berpindah ke premis lain.

Beliau juga turut mewartakan kawasan meletak kenderaan di Inkubator tersebut sebagai kawasan Food Truck bagi peniaga-peniaga kecil untuk memulakan perniagaan.

Top