..."/>

PUSAT TUISYEN KOMUNITI KE LIMA DILANCAR

20160124_204554

20160124_205213

20160124_211033

24 JANUARI – Majlis pelancaran Pusat Tuisyen Komuniti Desa Rakyat disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Pusat Tuisyen Komuniti Desa Rakyat merupakan kesinambungan dari 4 buah Pusat Tuisyen Komuniti yang telah beroperasi sebelum ini. Kini, YPG telah mempunyai 5 buah pusat tuisyen iaitu :

1-Pusat Tuisyen Komuniti Taman Cendana
2-Pusat Tuisyen Komuniti Taman Air Biru
3-Pusat Tuisyen Komuniti Kg Pasir Putih
4-Pusat Tuisyen Komuniti Sg Tiram
5-Pusat Tuisyen Komuniti Desa Rakyat

Pusat Tuisyen Komuniti Desa Rakyat dan lainnya beroperasi secara percuma kepada masyarakat setempat dengan kos-kos yang ada ditanggung penuh oleh Yayasan Pasir Gudang. Sebanyak RM 152,680.00 diperuntukkan setahun bagi menjalankan kelima-lima pusat tuisyen ini. Manakala bagi Pusat Tuisyen Komuniti Desa Rakyat sejumlah RM 23,760.00 setahun.

Pusat Tuisyen Komuniti ini dimulakan pada bulan Januari sebagai satu persediaan awal pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan. Tenaga pengajar terdiri daripada guru2 yang dikenalpasti mampu menggalas tugas mengajar dgn teknik pembelajaran yang terbaik

Top