..."/>

Projek perumahan perlu diselesaikan

Kerajaan Negeri mahu kontraktor yang terlibat dalam projek taman perumahan Bayu Damai di Punggai, Pengerang supaya dapat menyelesaikan masalah berkaitan kecacatan dan kerosakan pada bangunan itu dengan sempurna.

Kerajaan Negeri sudah memanggil kontraktor yang terlibat dan mahu ia diselesaikan bagi membolehkan penduduk berpindah di kawasan perumahan berkenaan dengan selesa.

Kerajaan Negeri sedar dan sudah mengenal pasti punca masalah dan kita akan memperbaiki keadaan, malah kita sudah memanggil kontraktor berkenaan untuk memastikan rumah yang dibina itu mengikut spesifikasi dan memastikan apa sahaja kecacatan diperbaiki.

Top