..."/>

Program Riang Ria Aidilfitri UMNO Caw Bakawali

Jamuan Hari Raya UMNO Cawangan Bakawali disambut sederhana tetapi meriah. Kehadiran ahli-ahli UMNO Cawangan yang hadir dapat bemesra bersama mereka sambil mengeratkan hubungan silaturrahim.

Sebelum jamuan bermula, ketua Cawangan bersama jemaah surau at taqwa berselawat dan bermarhaban. Pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis juadah seperti soto dan kuih muih.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Hj Abdullah bin Abd Rahman Timbalan ketua bahagian, Tuan Hj Mohd Amin bin Ahmad bendahari bahagian
En. Karim bin Abd Rahman AJK UMNO Bahagian. Turut hadir YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Adun Kempas dimana kehadiran beliau sebagai seorang sahabat kepada ketua pemuda cawangan Bakawali.

Top