..."/>

Program Muafakat Mesra Zon Mawar 2013

Pasir Gudang: YAB, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah merasmikan program Mesra Muafakat 2013 yang bertempat di Jalan Mawar 13 Pasir gudang. Program ini di warnai dengan aturcara yang sihat iaitu sukan bola jaring, pertandingan tersebut di sertai oleh 16 pasukan terdiri dari pelbagai pasukan. Pengerusi majlis iaitu Tuan Haji Mohd Amin Ahmad berkata di dalam ucapannya, ‘inilah masa untuk kita memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat sekeliling dalam menghadapi keadaan globalisasi yang semakin meruncing, pendedahan demi pendedahan terhadap keadaan sekeliling serta sokongan dan bantuan kerajaan pimpinan YAB Menteri Besar Johor adalah perlu dalam kita membina masa depan yang lebih cerah dan sihat’ katanya.

YAB, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin berkata dalam ucapannya, ‘Dalam kita menghadapi peningkatan proses kestabilan ekonomi yang lebih baik, masyarakat secara umumnya perlulah ‘Muafakat’ di antara satu sama lain serta keakraban sektor kerajaan antara masyarakat juga memainkan peranan penting supaya segala permasalahan masyarakat mampu di selesaikan serta di perhalusi dalam membentuk keadaan yang harmoni’ katanya.

Dalam program tersebut YAB juga telah menyampaikan sumbangan bagi membantu anak-anak yatim dan kurang upaya di kawasan tersebut, cek di serahkan kepada Wanita UMNO Cawangan Taman Mawar.

MESRA MUAFAKAT SALAMAN

Mesra YAB Menteri Besar Johor amat di senangi masyarakat setempat.

 

Top