..."/>

Program Gerak Mesra MPPG 2013

Pasir Gudang: Menjadi acara tahunan bagi Majlis Perbandaran Pasir Gudang iaitu dengan menganjurkan program Gerak Mesra dan ianya telah di serikan lagi dengan kedatangan tetamu kehormat, YAB Menteri Besar Johor.

YAB. Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin di dalam ucapannya semasa perasmian program ini, ”saya menyarankan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Majlis Perbandaran harus tubuh satu unit pengangkutan awam dalam memainkan peranan bagi membantu masyarakat mendapat kemudahan pengangkutan yang lebih baik, kita dapat menyaksikan bahawa, kepesatan pembangunan dalam negeri johor amatlah memberangsangkan pada setiap tahun.” katanya.

”Dengan adanya unit ini, perbincangan serta pemerhatian yang lebih terperinci mampu di lakukan dengan lebih mendalam dan ianya adalah satu pendekatan yang baik antara PBT dan masyarakat sekeliling.” katanya.

”Oleh yang demikian, kita perlulah menggunakan teknologi-teknologi baru atau yang sedia ada dan inovasi terkini dalam menangani masalah pengangkutan awam ini. Secara tidak langsung ianya mampu membantu masyarakat dalam mengurangkan kos pekerjaan harian, jika dulu ramai yang menggunakan kenderaan sendiri tetapi apabila masalah pengangkutan awam ini dapat di selesaikan segera, masyarakat akan menggunakan pengangkutan awam dan kos nya lebih murah.” katanya.

YAB. Dato’ Seri telah merasmikan program tersebut yang bertempat di kawasan perumahan scientex, YAB berhormat juga telah merasmikan Taman Komuniti Aman Puri sebagai satu kawasan tumpuan masyarakat di sekitar taman scientex pasir gudang.

Top