..."/>

PIBG PEMANTAU TAHAP PRESTASI SEKOLAH

SK PASIR GUDANG 2, 20 MAC 2016 – Sekolah merupakan institusi paling penting dimana ia diibaratkan kilang untuk mengeluarkan serta menghasilkan bakat dalam pelbagai bidang untuk memenuhi sektor ekonomi, pendidikan, perubatan malah pelbagai lagi sektor penting untuk bersaing bukan sahaja dalam negara, bahkan diperingkat global.

Justeru itu, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Pasir Gudang 2, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, selaku ADUN Permas merangkap Menteri Besar Johor berharap pihak ibu bapa dapat memastikan anak-anak memperoleh ilmu paling maksimum ketika berada di sekolah.

“PIBG menjadi pemantau ukuran dalam perlaksanaan plan strategi utk pencapaian kecemerlangan pelajar serta sejauh mana plan strategi berkenaan telah dilaksanakan.”

“Setiap sekolah mesti ada sasaran dan strategi untuk menambah baik melaksanakan supaya mendapat sokongan, kepercayaan serta kerjasama dari ibu bapa dan guru.” Katanya.

Pihak berkuasa tempatan menerusi Majlis Perbandaran Pasir Gudang juga sedia membantu pelajar sekolah bagi mendapatkan pendidikan sempurna di sekolah lebih-lebih lagi diperingkat sekolah rendah. Antara kerjasama dengan MPPG serta Yayasan Pasir Gudang adalah mengadakan kelas tuisyen kepada pelajar tersebut.

Selain itu, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 200 Ribu kepada sekolah bagi pembinaan pagar

Top