..."/>

PERUNTUKAN SEBANYAK RM 150 RIBU DILULUSKAN BAGI PEMBINAAN SURAU SEKOLAH BARU

IMG_20160210_170355

6 FEBRUARI 2016 – YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Permas Merangkap Menteri Besar Johor bersama pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 dan PIBG sekolah tersebut komited berkenaan pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar agar ia seiring dengan pembangunan ekonomi di Negeri Johor.

Menurut ucapannya ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, kejayaan membangunkan ekonomi Johor supaya menjadi kuasa ekonomi utama di Malaysia bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak pada masa akan datang dan Ia penting buat masa hadapan anak-anak yang bakal menamatkan persekolahan dan garaduan Universiti kelak.

“Selaku menteri besar dan wakil rakyat di Pasir Gudang, saya akan memastikan negeri dan masyarakat disini hidup lebih sejahtera dengan membina kuasa ekonomi yang kukuh demi masa depan anak-anak kita”

“Gagasan Johor Berkemajuan juga akan mewujudkan kesejahteraan sosial di dalam masyarakat dan kita di Johor tidak hanya maju dari segi ekonomi bahkan dari segi sahsiah dan kepimpinan yang baik” katanya.

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 150 ribu kepada pihak sekolah untuk membina sebuah surau baru bagi kegunaan pelajar dan penduduk sekitar sekolah terbabit khususnya ibu bapa dalam memperbayakkan majlis-majlis agama.

Top