..."/>

Pertumbuhan Ekonomi Johor Bukan Hanya Bersandarkan Iskandar Malaysia

Sangat tidak objektif untuk menilai kemajuan dan pertumbuhan ekonomi Johor hanya bersandarkan pembangunan Iskandar Malaysia sahaja. Johor bukan hanya Iskandar dan Iskandar hanya sebahagian daripada pertumbuhan Johor. Benar, Iskandar adalah ‘an orchestrated state intervention’ untuk memastikan Malaysia memanfaatkan limpahan pertumbuhan ekonomi. Pada hari ini kita telah berjaya menjadikan Iskandar sangat unik dengan kepelbagaian bentuk pelaburan dan kedatangan pelabur bermutu. Kalau kita boleh melakukannya di Iskandar, pastinya pengalaman tersebut boleh kita manfaatkan untuk menerapkan strategi baharu untuk pertumbuhan di kawasan lain di seluruh Negeri Johor. Saya telah lakarkan visi pembangunan ini dalam ucapan Bajet 2014 yang lepas dan Johor Growth Vision yang akan diumumkan kelak. Maka adalah sewajarnya kita susuli perkara ini dengan lebih bersungguh- sungguh.

Top