..."/>

PERSEFAHAMAN MUAFAKAT UNTUK BANGUNKAN BANGSA JOHOR

20160326_093507

20160326_095616

Taman Scientex, 26 MAC 2016 – Acara Sukaneka 1 Malaysia serta Kejohanan Terbuka Futsal Piala Kancil peringkat PDM Masai Tengah anjuran UMNO Cawangan Taman Scientex merupakan program yang berfokus kepada golongan belia sekitar Pasir Gudang. Acara tersebut juga hasil kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah berlangsung selama sehari dengan jayanya.

Program yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor berkata Cawangan yang diketuai oleh wanita mampu menganjurkan program yang boleh mencabar kredibiliti ketua cawangan lain di dalam bahagian Pasir Gudang.

“Umno bukan hanya parti yang berpolitik. Matlamat menjadi penganjur dapat mengubah persepsi masyarakat yg boleh membawa kemajuan dan tidak hanya bercakap soal politik.”

“Penggunaan 1 malaysia membuktikan masyarkat menerima setiap lapisan kaum yang ada di dalam Pasir Gudang. Perkataan Muafakat Johor menunjukkan cara Johor dapat mengurus rakyat yg berbilang kaum dengan baik. Ini kerana di Pasir Gudang bukan sahaja penduduknya berasal dari johor, ramai  yang datang untuk bekerja di Pasir Gudang” katanya

Sebanyak 20 pasukan telah mendaftar pada kejohanan futsal tersebut. Selain itu, semakan daftar mengundi juga telah dilakukan oleh pegawai SPR yang membuka booth bagi menyemak serta mendaftarkan peserta yang telah mencecah 21 tahun.

Top