..."/>

PERKAMPUNGAN MELAYU DALAM BANDAR -KAMPUNG MELAYU PANDAN

Umum mengetahui bahawa antara air tangan atau jasa-jasa UMNO Bahagian Pasir Gudang dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ialah memberikan geran hak milik tanah kepada beberapa perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang.

Antaranya Kampung Melayu Pandan, sebuah perkampungan setinggan dalam bandaraya Johor Bahru. Penantian lebih 40 tahun penduduk Kampung Melayu Pandan akhirnya dapat diakhiri apabila 195 penduduk telah diberikan hak milik tanah oleh Menteri Besar Johor ketika itu, YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada 21 Mei 2017.

Dalam majlis tersebut seramai 65 orang telah berjaya diberikan geran hak milik tanah dan 3 daripadanya telahpun siap mendirikan rumah di tanah lot yang diberikan.

Sementara selebihnya akan menyusul kemudian.Hasil pemantauan Pengerusi PDM Pandan bersama Ketua UMNO cawangan pagi tadi,mendapati kerja-kerja pengukuran 195 lot-lot tanah oleh Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang giat dijalankan.

Turut hadir Ketua Wanita MCA Pasir Gudang Pn.Chan San San.Kerja-kerja pengukuran ini dijangka selesai sebelum hari raya aidilfitri.Dan bagi mereka yang masih belum menerima geran hak milik,UMNO bahagian Pasir Gudang sedang berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

MOHD KHATIM OTHMAN

Top