..."/>

PERJUMPAAN BERSAMA KETUA-KETUA CAWANGAN DAN SAYAP CAWANGAN DI DALAM TAMAN CENDANA

IMG_20160201_224631

1 FAEBRUARI 2016 – Seramai 100 orang ahli UMNO Cawangan termasuk Ketua-ketua Cawangan dan Ketua Sayap Cawangan bermuasyarat bersama Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin yang diadakan di Bilik Gerakan UMNO Taman Cendana 2.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk penambahbaikkan struktur kemudahan awam seperti padang futsal dan penubuhan kemudahan untuk golongan kurang upaya. Menurut Wakil Wanita yang diketuai oleh Puan Rozita Bt Mohd Lazim, Pergerakan Wanita UMNO Taman Cendana aktif beriadah dan memerlukan tempat yang bersesuaian.

Selaku Ketua UMNO Bahagian yang juga merupakan wakil rakyat setempat YAB sentiasa memantau dasar-dasar yang telah dilakukan agar ianya sampai hingga ke peringkat akar umbi.

“UMNO BN haruslah dilihat relevan oleh masyarakat setempat dengan mendengar suara anak muda serta penduduk setempat dengan meringankan bebanan yang mereka tanggung serta dasar kerajaan negeri yang telah diambil supaya mereka boleh kongsi dan dapat manfaat bersama” katanya.

Turut hadir sama pada mesyuarat tersebut Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Haji Abdullah Bin Abdul Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Haji Azman Ja’afar serta Ahli Jawatan Kuasa Bahagian.

Top