..."/>

PERANAN NGO MEMBANTU MASYARAKAT

20151018_110551

20151018_113114

Dalam keadaan Negeri Johor yang sedang pesat membangun pihak kerajaan negeri tidak melupakan golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan serta perhatian. Sebagai wakil rakyat yang sangat prihatin, bantuan telah disalurkan melalui gerakan bepersatuan dan diantaranya adalah Persatuan Che Sir Khor Masai untuk menyampaikan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Inisiatif bagi menyampaikan bantuan telah dihasilkan sendiri oleh ahli-ahli persatuan tersebut dengan memberi bantuan dalam bentuk makanan percuma kepada mereka pada setiap hari ahad. Jika mahukan negeri yang maju segalanya tidak boleh diserahkan 100% kepada kerajaan sebaliknya semua perlu memainkan peranan untuk membantu kerajaan negeri mencapai kemajuan tersebut.

20151018_115602(0)

Peruntukan yang diberikan kepada persatuan bukan sahaja digunakan untuk pentadbiran semata tetapi digunakan untuk menyampaikan kepada masyarakat. Seramai 40 keluarga telah menerima bentuk bantuan makanan yang disampaikan oleh Persatuan Meninggikan Akhlak Che Sir Khor dan 50 keluarga lagi akan ditambah pada masa terdekat.

20151018_113339

20151018_113315

Ini satu usaha yang sangat baik bagi pihak kerajaan mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang dialami seperti anak ramai, terdapat ahli keluarga yang sakit dan bergaji rendah supaya kerajaan negeri dapat memikirkan cara untuk membantu mereka.

20151018_115303

Atas nama permuafakatan satu program yang tidak mengira kaum di atas saranan kerajaan negeri, NGO perlu prihatin terhadap masyarakat yang kurang bernasib baik. Yayasan Pasir Gudang juga telah menyediakan bantuan sebanyak RM 80 ringgit sebulan kepada orang kurang berkemampuan dan YPG akan melancarkan pelbagai program lain seperti subsidi tambang bas kepada pelajar sekolah.

Top