..."/>

PENDIDIKAN MODAL INSAN SEAWAL SEKOLAH RENDAH – KHALED NORDIN

IMG_20160228_154251

28 FEBRUARI 2016 – Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat penting dalam menentukan halatuju pelajar terutama di sekolah rendah. Aktivi kurikulum dan kokurikulum menjadi teras dalam sesebuah sekolah bagi mendidik nilai diri pelajar agar berjaya kepada agama bangsa dan negara. Penglibatan Ibu Bapa juga akan menambah semangat para guru untuk mendidik anak bangsa lebih cemerlang untuk menjadikan negeri Johor terus maju pada masa akan datang.

Walaupun di peringkat sekolah rendah,  tumpuan ibu bapa sangat penting terhadap soal keciciran pelajar kerana kos perbelanjaan terhadap mereka menelan perbelanjaan yang amat tinggi. Menurut amanat yang disampaikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin selaku Menteri Besar Johor yang juga merupakan ADUN Permas, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria, beliau sangat menitik beratkan soal modal insan bagi menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan.

“Kerana itu jika dalam bahasa inggeris, mereka menyebut sekolah rendah Primary school bukan children school kerana ia penting dan sekolah menengah pula disebut secondary school.”

“Permuafakat merupakan penentu nilai kejayaan. Di johor bukan sahaja perpaduan yang ditekankan tetapi bagaimana perpaduan itu boleh dibawa kearah yang lebih tinggi.”

“Tolong menolong dan bagaimana untuk hidup bersama-sama serta mengambil segala manfaat dari hasil kemajuan negeri johor untuk menjadikan Johor yang maju dari negeri lain.” Katanya.

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 30 ribu kepada PIBG sekolah untuk pergerakan persatuan tersebut. Dalam majlis yang sederhana itu turut diadakan gimik persembahan silat dari pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang memukau perhatian ibu bapa yang hadir.

Top