..."/>

Pendekatan Pembangunan Hartanah Negeri Johor

Kerajaan Negeri akan memperluaskan Dasar Perumahan Rakyat Wilayah Iskandar ke seluruh negeri Johor yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Melalui pelaksanaan dasar baru ini, penjenamaan semula rumah kos rendah (RKR) atau rumah kos sederhana rendah (RKSR) serta Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di luar wilayah Iskandar akan dilaksanakan.

Komponen Dasar Perumahan Rakyat Johor di Luar kawasan Iskandar Malaysia juga melibatkan pecahan

10% Perumahan Komuniti Johor Jenis A berkeluasan 720kaki persegi dengan harga RM42000.00,

15% Perumahan Komuniti Johor Jenis B berkeluasan 850kaki persegi dengan harga RM80,000.00

10% Rumah Mampu Milik Johor dengan keluasan tanah 1400kaki persegi dan keluasan binaan 1000kp pada harga maksimum RM140,000.00 hingga RM150,000.00.

 

flyers

 

Bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran sektor perumahan, Negeri Johor bakal memiliki suatu enakmen yang disebut sebagai Enakmen Perumahan dan Hartanah Negeri Johor yang dijangka akan dibentang di dalam sesi sidang dewan pada bulan Mac 2014 akan datang.

Melalui enakmen ini, hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan penyelarasan dan perancangan pembangunan sektor perumahan Negeri Johor akan menjadi lebih sistematik dan berkesan melalui penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor.

flyers 2

 

Kerajaan Negeri akan menyemak semula dasar pemilikan hartanah oleh Bumiputera yang seringkali diutarakan oleh rakyat teruatamanya dari aspek ketelusan penawarannya di pasaran. Bagi tujuan ini, dasar sedia ada sedang di dalam proses semakansemula melalui sebuah jawatankuasa yang diterajui oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor dan jabatan-jabatan berkaitan. Hal ini penting bagi memastikan tiada sebarang bentuk manipulasi terhadap kuota dan pematuhan terhadap ini.

Saya ingin menegaskan Kerajaan Negeri akan bertindak tegas sekiranya terdapat pemaju atau mana-mana pihak yang tidak mematuhi dasar berkaitan hartanah Bumiputera sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri dan pemaju.

flyers 3

 

Top