..."/>

PELANCARAN BANTUAN SUBSIDI TAMBANG BAS SEKOLAH YAYASAN PASIR GUDANG DENGAN KERJASAMA UMNO PASIR GUDANG

16 JANUARI – BANTUAN SUBSIDI TAMBANG BAS SEKOLAH YAYASAN PASIR GUDANG.

Saya percaya setiap anak berhak untuk mendapatkan pengangkutan yang boleh diharapkan (reliable) lagi selamat untuk mereka berulang-alik ke sekolah. Saya juga memahami bahawa tak semua ibu bapa mampu membiayai mahupun menyediakan pengangkutan untuk anak-anak mereka kerana soal ini memerlukan kos serta melibatkan perbelanjaan.

Menyedari akan hal ini, pagi tadi saya telah melancarkan Program Subsidi Tambang Bas Sekolah anjuran Yayasan Pasir Gudang & UMNO Bahagian Pasir Gudang – bagi meringkankan kos pembiayaan dan perbelanjaan ibu bapa & penjaga dalam soal ini. Melalui program ini, Yayasan Pasir Gudang & UMNO Bahagian Pasir Gudang akan membiayai 50% daripada kos tambang bas sekolah, manakala baki ditanggung oleh ibu bapa. Mekanisme subsidi ini pula dirasakan paling sesuai kerana kita juga ingin memastikan ibu bapa turut komited dan bertanggung jawab dalam memenuhi hasrat dan objektif pelaksanaan program murni ini.

Untuk tahun ini, 800 pelajar dari kawasan sekitar pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan mendapat manfaat daripadanya, terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah, kurang bernasib baik dan yang memerlukan semua kaum termasuklah anak-anak masyarakat Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sejumlah RM180 ribu.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor

Top