..."/>

NGAUMAN DI PASIR GUDANG

IMG-20151101-WA0011

IMG-20151101-WA0010

IMG-20151101-WA0008

IMG-20151101-WA0005

Kelab Sukan Dan Rekreasi parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Kumpulan Penawar telah mengadakan Big Screen di dataran Al-Hambra MPPG bagi menyaksikan perlawanan secara lansung antara JDT menentang Istiklol fc dalam merebut Piala AFC Cup yang diadakan di Tajikistan. Sambutan dihangatkan lagi dengan acara cabutan bertuah bagi menghargai pengunjung setia Harimau Selatan yang hadir pada malam tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj Azman selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Skuad bola sepak gergasi Malaysia yang diberi gelaran Harimau Selatan berjaya melakar sejarah apabila berjaya menewaskan Istilkol FC 1 gol berbalas 0 melalui produk yang dicungkil dari JDT2 iaitu Leandro pada pertengahan separuh masa pertama. Jaringan tersebut berjaya dipertahankan dengan benteng pertahanan JDT yang diketuai oleh Aidil Zafuan hingga tamat babak kedua.

Tahniah buat semua penyokong terutama yang berada di Dataran Al Hambra Pusat Bandar Pasir Gudang kerana setia menanti walaupun dalam keadaan hujan gerimis pada mulanya. Tahniah buat pasukan JDT kerana anda membuat seluruh rakyat Johor bangga dengan lakaran sejarah di peringkat asia ini.

Top