..."/>

MISTERI KEHILANGAN 4 REMAJA TERUNGKAI

IMG_20160216_135327

17 FEBRUARI 2016 – Pasir Gudang dikejutkan dengan kehilangan 4 orang remaja sejak 7 hari lepas apabila mereka dikhabarkan ingin ke Terengganu untuk bercuti bersama-sama. Pada 16 Februari wakil dari Pejabat ADUN Permas bersama Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang sempat berkunjung ke rumah En Abu Bakar bin Rozali dan Puan Molek binti Mohd Yusuf ibu bapa kepada salah seorang mangsa.

Kereta Honda Accord bernombor pendaftaran JEB 9978 itu kebetulan ditemui oleh pekerja ladang dan terus melaporkan pada pihak polis. Kereta mangsa di temui diladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing pada pagi Rabu.

Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut dan siasatan awal polis mempercayai kereta berkenaan terbabas sebelum tercampak ke dalam sungai.

Top