..."/>

MB JOHOR ZAHIR TERIMA KASIH

JOHOR BAHRU, 24 April – Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap kepimpinan Menteri Besar Johor itu.

Beliau berkata nasihat dan pandangan bernas Sultan Ibrahim, membolehkan beliau dan semua ahli pentadbiran dapat melaksanakan tugas dengan baik, sesuai dengan amanah yang diberikan.

“Saya dengan rendah diri ingin menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan Johor, atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap saya sebagai Menteri Besar Johor.

“Sesungguhnya perkenan dan dokongan dari DYMM Tuanku dan Istana adalah sesuatu yang amat besar maknanya,” katanya ketika berucap pada penggulungan Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-13, di Kota Iskandar, sebentar tadi.

Mohamed Khaled turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang turut menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap beliau.

“Yang pasti, sokongan dan kepercayaan tersebut tidak dizahirkan secara membuta tuli. Tetapi kerana Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian melihat sendiri hasil baik dan halatuju jelas yang kita bawakan untuk negeri Johor dan semuanya kita lakukan secara kolektif,” katanya.

Jauhar

Top