..."/>

MASYARAKAT CINA PENYUMBANG KESTABILAN POLITIK – KHALED

20160506_213556

20160506_212359

20160506_212230

20160506_202122

Masyarakat Cina sentiasa menyumbang serta berperanan menjadi sebahagian daripada kepentingan kehidupan politik dan kestabilan ekonomi negeri Johor. Pelbagai masalah telah dapat diselesaikan bersama terutama soal kebajikan, pendidikan serta pelbagai masalah yang dialami masyarakat Tiong Hua.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin berkata hubungan yang telah lama terjalin sejak beliau menjadi wakil rakyat di Pasir Gudang pada tahun 2004 lagi menjadikan beliau dan pengerusi persatuan Tiong Hua seperti rakan.

Beliau berharap ikatan persahabatan yang terjalin sekian lama itu akan terus dalam keadaan baik dan berkekalan.

“Kita seperti sahabat kerana kita mengenali antara satu dan yg lain sejak dahulu lagi. Oleh itu, sy berharap kita boleh memelihara persahabatan kita dengan baik dan berkekalan demi menjaga kesejahteraan dan permuafakatan sesama kita.”

YAB Dato Mohamed Khaled berpendapat, masyarakat Cina memainkan peranan dalam menyumbang kepada ekonomi, pendidikan, sosial, keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Menerusi badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat dapat menyumbang idea dan pendapat untuk kemakmuran bersama.

“Ngo penting kerana ngo menyediakan platfom buat rakyat secara berorganisasi, dan teratur. Mereka dapat memberi pandangan kepada kerajaan demi kepentingan dan kesejahteraan umum.”

Beliau turut memuji masyarakat Cina bekerja keras dan mempunyai keazaman menyumbang kepada pembangunan negara.

“Apabila saya menerajui johor, pertamanya saya menjadikan kerajaan yg pro-rakyat serta merakyatkan kerajaan supaya ianya boleh membawa permuafakatan rakyat Johor yg boleh membagun dan memajukan negeri kita.”

“Oleh sebab itu, wujudnya Bas muafakat, Rumah Mampu Milik Johor serta Kedai Harga Patut IMCOOP hasil Pelan Suara Hati Johor yang dilancarkan demi mendengar masalah rakyat.”

“Persatuan Tiong Hua adalah persatuan paling menonjol terlibat memelihara budaya serta menjaga kebajikan masyarakat cina terutamanya.” Katanya ketika menyaksikan Majlis Angkat Sumpah dan Majlis Ibu Bapa anjuran Gabungan Persatuan Tiong Hua di Dewan Daiman Johor Jaya.

Top