..."/>

MARHABAN PEMUDA PERJIRANAN 9 BERSAMA KOMUNITI PENDUDUK

IMG-20160720-WA0005

AIR BIRU, 19 JULAI – Program marhaban tahun ini melibatkan kerjasama antara Pemuda UMNO Perjiranan 9 dan Komuniti Penduduk Jalan 9/7. Tahun ini marhaban bermula daripada rumah En Kassim Bin Kamari Lorong 15 dan diakhiri dengan rumah En Shafie bin Saat selaku Ketua Pemuda Perjiranan 9.

Alhamdulillah tahun ni sambutan begitu baik dari penduduk dengan sebanyak 35 rumah telah memberi persetujuan untuk menyertai program ini. Selain itu, penyertaan daripada penduduk pun amat menggalakkan terdiri daripada golongan otai, pemuda dan pelapis muda.

IMG-20160720-WA0004

Program marhaban ini bermula daripada 18 Julai hingga 23 Julai 2016.

Konsep jamuan pada tahun ini berbeza daripada tahun sebelum-sebelumnya iaitu, kita akan mengumpulkan segala jenis juadah di khemah yang disediakan oleh pihak pemuda cawangan di kawasan-kawasan tertentu. Kita juga tidak menggalakkan tuan rumah untuk menyajikan juadah berat ketika rombongan ini berkunjung ke rumah-rumah yg terbabit.

Akhir sekali, kami berharap agar konsep marhaban atau baraan ini dapat dikekalkan di masa-masa akan datang agar tradisi kunjung-mengunjung ini merupakan salah satu daripada permuafakatan yang amat baik selaras dengan motto negeri Johor iatu Muafakat Johor.

Top