..."/>

Malaysia sedang berada dalam suatu krisis perlembagaan.

Kenyataan Perdana Menteri semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing.

Wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan. Iaitu mendukung titah SPB Yang di- Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan raga.

UMNO tidak akan dan tidak wajar terheret dalam konflik ini. Iltizam UMNO sedari awal penubuhannya, adalah antara lain mempertahankan institusi Raja.

Apa jua tindakan yang tidak selari dengan iltizam tersebut adalah bertentangam dengan nilai, pendirian dan perjuangan UMNO.

Jalan keluar dari semua ini ialah untuk UMNO mengusahakan penubuhan Kerajaan Interim.
Meninggalkan Perikatan Nasional adalah lebih baik dan strategik dari membelakangkan kepentingan nasional dalam saat krisis ini.

‘UMNO cannot abandon the nation for Perikatan Nasional’.

Apa lagi bila wibawa kerajaan telah punah sepunah-punahnya.

UMNO mesti menggunakan kesempatan ini untuk memberikan kepimpinan yang diharapkan demi sebuah negara yang sangat memerlukan.

UMNO mesti menyelamatkan Malaysia dengan mengusahakan penubuhan Kerajaan Interim hanya dengan 3 mandat sahaja.

Menguruskan ekonomi negara, menguruskan krisis kesihatan dan mentadbir negara demi menyediakan ia untuk Pilihanraya Umum ke-15.

Kerajaan Interim ini terhenti bila PRU diadakan.

Parlimen mesti harus terus bersidang, kebebasan media dan media sosial dijamin, setiap keputusan dan perbelanjaan kerajaan mesti di bentangkan di Parlimen demi kepentingan semak dan imbang serta fungsi Perlembagaan mesti dipulihkan sepenuhnya.

Saat UMNO terbelenggu dengan nafsu demi kuasa dan kedudukan dalam Kerajaan PN telah berakhir.

Wakil rakyat UMNO mesti memilih. Bersama Raja dan rakyat atau bersama dengan Perdana Menteri dan Perikatan Nasional.

Top