..."/>

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN UMNO CAWANGAN ZON RIANG

20151129_205749-1

20151129_212425

20151129_212239

Mesyuarat Penubuhan UMNO Cawangan Zon Riang Nusa Damai sekaligus Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik telah diadakan di Jalan Riang 5, Taman Nusa Damai pada 29 November 2015 jam 9 malam.

Dengan bertemakan ‘Kesepaduan, Kesepakatan, dan Penyatuan’ cawangan ke-108 ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor

Dalam ucapan YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin, beliau menekankan dua tujuan penting dalam penubuhan sesebuah cawangan iaitu berjuang menentukan perkara-perkara yang baik untuk membentuk permuafakatan yang lebih besar dan menyelesaikan masalah-masalah penduduk dengan lebih berkesan.

Beliau juga menekankan akan konsep pendekatan terbaik dalam membawa keadilan kepada masyarakat Melayu melalui asas kesaksamaan yang selama ini menjadi pegangan UMNO Pasir Gudang.

Sebagai penutup kepada perasmian cawangan paling bongsu ini, Dato’ Mohamed Khaled bin Hj Nordin mengucapakan Selamat Maju Jaya dan Selamat Bermesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa penaja Cawangan Zon Riang.

‘Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Top