Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam – Khaled

Pasir Gudang 12 Jan: Pada 10.30 pagi tadi YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor telah merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam yang bertempat di Bandar Seri Alam Masai.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga IPD Seri Alam atas perasmian ipd tersebut. Semoga ipd terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, ujar Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu.

Turut hadir YB Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Obet Bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, YDH Ketua Polis Johor SDCP Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Haji Mohd. Shariff, YDH Ketua Polis Pahang SDCP Dato’ Sharifuddin Bin Abd Ghani, YDH Timbalan Ketua Polis Johor DCP Dato’ Ismail Bin Yatim serta Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota PDRM.

Segala masalah keselamatan, boleh hubungi talian IPD Seri Alam, Bandar Seri Alam di talian 07-386 4222 atau 999 dan sambungan kepada IPD Seri Alam.

Perasmian Ipd Mb Johor
Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam - Khaled - 2, UMNOPG
Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top