MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DEEPAVALI

20151107_150016

20151107_152744

20151107_152731

20151107_152604

20151107_145047

20151107_153240

Seramai 101 orang penerima sumbangan berbilang kaum dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali yang berlangsung di Dewan Taman Cendana Pasir Gudang. Sumbangan disampaikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin selaku Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas. Penerima sumbangan yang terlibat kesemuanya adalah penduduk yang berada di bawah kawasan Yayasan Pasir Gudang.

Sumbangan yang diberikan berupa wang tunai RM100 serta barang keperluan asas juga bernilai RM100 dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM200. Dalam kesibukan perayaan Deepavali yang bakal menjelma pihak berkuasa tidak hanya tertumpu pada kaum india sahaja. Kaum cina dan melayu juga mendapat manfaat atas sumbangan yang diberikan dan ini merupakan muafakat yang menjadikan Johor sentiasa lebih maju.

Selain itu bantuan lain yang diberikan melalui Yayasan Pasir Gudang adalah sebanyak RM 80 sebulan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berlainan upaya. Program pemasangan lampu LED juga telah dilaksanakan dan beberapa keluarga telah mendapat pemasangan di rumah masing-masing.

Ini adalah inisiatif dari pihak Yayasan Pasir Gudang dan MPPG untuk membantu masyarakat setempat. Kerajaan Negeri Johor tidak mampu untuk melakukan semua dan dengan inisiatif ini pihak Yayasan Pasir Gudang akan membantu Kerajaan Negeri untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan di kawasan yang berada di bawah PBT.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top