..."/>

MAJLIS KESYUKURAN DAN BBQ PEMUDA MEGAH RIA 2

20160723_222214

TAMAN MEGAH RIA, 23 JULAI – Kemeriahan sambutan majlis BBQ Raya Pemuda UMNO Cawangan Taman Megah Ria 2 tambah berseri dengan kehadiran hampir seluruh pemuda cawangan terbabit.

Majlis tersebut juga turut mengambil peluang untuk memperingati rakan-rakan  mereka yang telah pulang menghadap ilahi. Selain itu, turut berlangsung doa selamat dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Amirul Afiq selaku Biro Agama pemuda cawangan.

Majlis turut disambut meriah dengan bunga api. Pelbagai juadah hari raya termasuk rendang, ketupat, lodeh, ayam panggang, dan manisan serta buah-buahan yang telah disediakan

Juadah juga telah disediakan sendiri oleh mereka dengan cara bermuafakat dan rewang sehari sebelum majlis bermula.

Ketua Pemuda Taman Megah Ria 2, Abdul Hanif bin Kadir berkata beliau mengakui teruja buat pertama kali majlis hari raya seperti ini diadakan.

“Pemuda cawangan biasanya akan mengadakan jamuan pada setiap kali masuk tahun baru, tapi kali ini dengan kesepakatan dan idea dari mereka kita adakan jamuan hari raya.

Menurut Naib Ketua Pemuda Taman Megah Ria 2, Mohamad Daniel Zainol berkata tradisi seperti ini akan dikekalkan demi ukhwah antara pemuda.

“Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini, dari mula kutipan wang, hingga rewang sampai ke waktu masak semua bermuafakat. Kami lakukan bersama.

Ada beberapa rakan kami seperti Khairul, Hafis, Zarif, farkhan dan lain-lain bergitu komited dan saya juga mengharapkan agar perkara sebergini dapat diteruskan.” Katanya.

Top