..."/>

MAINJ BELI 24 UNIT RUMAH PANGSA BANDAR SERI ALAM SEBAGAI RUMAH TRANSIT ASNAF

IMG-20160415-WA0033

IMG-20160415-WA0029

IMG-20160415-WA0018

15 April 2016 – Kerajaan Negeri Johor memperuntukan kepada MAINJ 24 unit rumah pangsa Bandar Seri Alam ( Jalan Tasek 64) bagi dijadikan sebagai rumah transit untuk didiami oleh asnaf fakir dan miskin yang tidak berkemampuan dan menghadapi masalah tempat tinggal.

Sebanyak 1840 unit Rumah Pangsa Seri Alam ini dibina secara “design and built” dan sebanyak 3 blok iaitu blok A, B dan G melibatkan sebanyak 240 unit rumah yang terlibat dan 24 daripadanya diberikan kepada MAINJ.

Usaha ini adalah salah satu daripada langkah mengatasi masalah kemiskinan dalam bandar yang kebiasaannya mereka tidak mempunyai tanah untuk didirikan rumah.

Konsep rumah transit ialah memberi golongan yang memerlukan rumah tinggal secara percuma dalam tempoh tertentu dan sekiranya mereka telah terkeluar dari garis kemiskinan maka mereka akan keluar dan memberi peluang kepada asnaf lain yang masih memerlukan.

Antara kriteria layak memohon rumah transit ini ialah berpendapatan di bawah kadar Had Kifayah, mempunyai tanggungan yang besar dan tidak mempunyai kediaman yang sepatutnya.

Hadir pada Majlis Pelancaran pada petang ini ialah YAB Menteri Besar Johor yang turut menyaksikan tandatangan perjanjian sewabeli antara MAINJ dan Perbadanan SUK Johor.

Top