..."/>

KPRJ : DULU PIRANHA SEKARANG HASANAH

Dulu dia digelar PIRANHA Johor!
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) adalah sebuah syarikat milik kerajaan Johor yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan bangsa Johor dengan memastikan segala kemudahan prasarana terutama jalan-jalan kampung seluruh negeri Johor berada pada tahap yang diharapkan.

Sejak penubuhannya lewat tahun 90an, banyak tanah-tanah khususnya setinggan dalam bandar Johor Bahru telah diamanahkan kepada KPRJ.

Syarikat ini telah membangunkan tanah-tanah ini secara usahasama dengan pemaju-pemaju perumahan.

Bagaimanapun keghairahan itu akhirnya mengundang kebimbangan penduduk setinggan di negeri ini khususnya setinggan dalam bandar.
Mereka mula memanggil KPRJ sebagai Kumpulan Pirana Rakyat Johor!

Gelaran yang diambil menyamai kerakusan dan kebuasan seekor ikan pemangsa dari Sungai Amazon.

Rakyat hanya lihat seolah-olah KPRJ ini hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata. Hakikatnya KPRJ terpaksa membayar hutang kepada institusi kewangan demi membangunkan projek jalan kampung di seluruh negeri Johor.

KPRJ dijadikan bahan jenaka orang Johor Bahru sebagai seekor piranha yang lapar dan buas!

Justeru apabila Khaled Nordin dilantik sebagai Menteri Besar Johor beliau pantas melakukan kajian terhadap semua syarikat GLC Johor mengenai peranan dan hala tuju penubuhan syarikat masing-masing.

Untuk makluman Khaled pernah diamanahkan untuk mengetuai KPRJ. Bagaimanapun beliau terpaksa meletakan jawatannya sebaik sahaja dilantik sebagai anggota kabinet dengan jawatan Timbalan Menteri Kerjaraya.

Sebab itulah beliau amat memahami dasar, matlamat dan pegangan-pegangan hartanah KPRJ. Kelebihan ini digunapakai dan memudahkan Khaled untuk menyusun semula organisasi KPRJ selaras dengan dasar kerajaan pro-rakyat yang diperjuangkannya.

Dalam usaha memulihkan imej KPRJ dan menjadikannya mesra rakyat, Khaled telah mengarahkan syarikat ini untuk menyiapkan lebih 70 sekolah agama yang terbengkalai.

Buktinya hanya dalam tempoh tiga (3) tahun KPRJ mampu menyiapkan semua bangunan-banguan yang terbengkalai itu. Syarikat ini juga telah membina dan membaikpulih beberapa buah masjid di seluruh negeri Johor.

Penjenamaan semula peranan KPRJ nyata berjaya memulihkan imej yang tercalar di mata rakyat.

Berbanding dengan syarikat-syarikat GLC kerajaan yang lain KPRJ kini dilihat lebih Islami. Sebagai rakyat Johor kita perlu berterima kasih kepada pengerusi syarikat ini, iaitu Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Khaled sedaya upaya cuba memenuhi segala tuntutan setinggan di negeri ini yang sentiasa berjuang untuk mendapatkan hak milik kekal di atas tanah yang mereka teroka sejak berpuluh tahun lalu.

Bangsa Johor tinggi setianya.
Bagi penduduk-penduduk setinggan, mereka bukan sahaja setia kepada raja malah sentiasa memberikan sokongan padu kepada kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL pada setiap pilihanraya umum.

Orang berbudi kita berbahasa.
Sebagai membalas segala jasa dan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN, Khaled Nordin tidak teragak-agak untuk memenuhi permintaan mereka yang ingin memiliki tanah sendiri dalam kawasan bandar.

Inilah hadiah paling berharga terhadap Bangsa Johor apabila hampir semua keluarga setinggan yang meemenuhi syarat telah dianugerahkan sebidang tanah seperti yang dipohon.

Sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang sudah tentunya Khaled Nordin berasa gembira apabila segala urusan permohonan hak milik tanah di kampung-kampung setinggan dalam kawasan beliau dapat dipenuhi sepertimana janji beliau dalam PRU13.

Antara kampung-kampung setinggan yang terlibat ialah Kg. Pasir Gudang Baru, Kampung Rumah 10, Kg. Seri Bahagia, Jalan Jasa, Kg.Plentong Baru, Kg Seri Makmur,Kg.Sepakat Masai dan yang sedang menanti penuh harapan ialah penduduk-penduduk Kg. Melayu Pandan.

Pemberian hak milik tanah khususnya di kawasan bandar adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.Lihat sahaja di Selangor, berapa banyak perkampungan setinggan di bangunkan dengan perumahan mewah.
Penduduk setinggan yang daif terus dipinggirkan.

Di Pulau Pinang, jangankan hak milik tanah, nak dapat rumah mampu milik di kawasan bandar pun terlalu sukar!

Buruk mana pun pemimpinnya biarlah daripada kerajaaan UMNO dan Barisan Nasional. Biarlah UMNO yang menerima mandat mentadbir negara. Kerana pemimpin akan bertukar ganti tetapi parti UMNO dan BN tetap kekal sebagai wadah yang setia kepada memperjuangkan nasib bangsa dan sentiasa memartabatkan agama.

Semoga bangsa Johor terus bersetia dan memberikan keyakinan kepada UMNO/BN untuk meneruskan Gagasan Johor Berkemajuan.
Kerajaan tentunya akan memantau semua kampung-kampung dalam bandar untuk terus mengekalkan konsep muafakat Johor dan segala kemudahan prasarana yang lengkap dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Justeru itu mana-mana kawasan yang telah dimenangi oleh pakatan pembangkang harus dikembalikan semula kepada BN.

Ambil iktibar dengan melihat DUN Johor Jaya dan Parlimen Gelang Patah di bawah kuasa DAP. Mereka langsung tidak mendapat nikmat dan khidmat wakil mereka setelah diberi kemenangan.

Ternyata DAP dan sekutunya hanya mahukan kerusi atau kuasa untuk kepentingan peribadi mereka.

Berbalik kepada KPRJ, terima kasih yang tidak terhingga daripada Bangsa Johor kerana menjaga baik baki tanah-tanah di kawasan bandar. Sebelum kehabisan, hari ini lebih 2,000 pemohon berjaya diberi hak milik tanah.

Ingat pesan Tok Khaled agar tidak menjual tanah-tanah ini sebaliknya binalah rumah sebagai kediaman yang lebih selesa untuk anak cucu dengan harapan mereka terus kekal sebagai warga bandaraya. Syabas kepada kerajaan UMNO/BN di Johor yang berjaya memenuhi segala janji2 dan manifesto PRU13.

Kepada KPRJ yang dahulu diberi gelaran ‘PIRANHA’ hari ini bolehlah di beri jolokan ‘HASANAH’ setelah dapat merakyatkan perananya yang lebih Islami. Kepada bangsa Johor sekalian teruslah memberikan sokongan kepada team Johor yang diketuai oleh Khaled Nordin tanpa berbelah bahagi.

Salam Perjuangan!

TUN MUTAHIR

Top