..."/>

KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA

20151017_093422

20151017_100850

Pada 17 Oktober 2015 YAB Menteri Besar Johor selaku ADUN Permas telah merasmikan pelancaran Pusat Komuniti KOSPEN di Kampung Kuala Masai. Inisiatif KOSPEN adalah kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan Jabatan Kemajuan Malaysia KEMAS. Program ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit di peringkat akar umbi.

Perlaksanaan dilakukan dengan cara KKM akan memberi panduan teknikal kepada pegawai KEMAS dan sukarelawan yang akan melaksanakan aktiviti di komunit setempat. Penyakit yang diberi penekanan adalah risiko diabetis, penyakit kardiovaskular, kanser, dan penyakit respiratori kronik.

20151017_102416

20151017_102513

Sebagai wakil rakyat, YAB Menteri Besar Johor berharap inisiatif ini akan membentuk komuniti yang sihat. Kesihatan adalah harta yang paling bernilai untuk masa hadapan. Memikirkan tentang kesihatan lebih awal dapat menghindarkan penyakit yang menyulitkan kehidupan.

20151017_102609

20151017_102627

Di dalam ucapan beliau YAB Menteri Besar mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada Kementerian Kesihatan, KEMAS, Ketua Kampung Kuala Masai, dan JKKK Kg Kuala Masai sejurus sebelum merasmikan program tersebut.

20151017_102955

20151017_102853

YAB Menteri Besar Johor juga sempat meluangkan masa melawat kiosk pameran kesihatan yang dibuka pada majlis KOSPEN tersebut.

Top