..."/>

Khairi Saran Ahli Parlimen UMNO Akur Keputusan Parti

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua UMNO Iskandar Puteri Hj Mohammad Khairi A Malek melihat Proklamasi Darurat yang telah diumumkan pembatalannya oleh Menteri Undang-Undang pada 26hb Julai 2021 adalah satu tindakan yg sangat tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau sebagai kerajaan yang mendukung Prinsip Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, satu tindakan yang tidak bertggjawab apabila pengumumannya tidak mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA) sedangkan baginda yang mengumumkan perintah tersebut hendaklah dibentang, dibahas dan di putuskan di dalam dua Dewan yang mulia iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Tindakan Perdana Menteri (PM) yang mengeluarkan kenyataan justifikasi membenarkan pembatalan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat yang turut mempertikai dan mempersoalkan kuasa-kuasa legislatif Tuanku YDPA ketika proklamasi Darurat bagi menyokong dan mempertahankan tindakan Menteri Undang-Undang sangat dikesali.

“Perdana Menteri yang merupakan Ketua Eksekutif Kerajaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran Prinsip Rukunegara “Kedaulatan Undang2″, yang jelas mengelirukan Dewan Rakyat dan Rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu beliau turut menyarankan agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO akur dengan keputusan yang dibuat okeh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

“Sebagai Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, saya menyarankan semua Ahli Parlimen UMNO akur dengan segala keputusan yang telah diputuskan oleh Mesyuarat MKT yg dipengerusi kan oleh Presiden parti pada 7 Julai 2021,” ujarnya. – UMNO Online

Top