..."/>

Keusahawanan Kerjaya Pilihan

Satu lagi Inisiatif Pembangunan Pro Rakyat, ‘Keusahawanan Kerjaya Pilihan’

Fokus Pelan Suara Hati Johor; Meningkatkan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan

Kerajaan negeri melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) mengumumkan empat program baharu yang dirangka untuk belia Islam bagi meningkatkan ekonomi umat Islam di negeri ini.

Kita mahukan budaya keusahawanan diterapkan dari peringkat awal dan kerajaan negeri berusaha memberi penekanan menjadikan golongan belia menjadikan keusahawanan kerjaya pilihan.

Saya secara peribadi tidak mahu melihat umat Islam di negeri ini tercicir dalam arus pembangunan negeri ini yang semakin pesat ini. Dengan pelbagai inisiatif serta program pembangunan usahawan yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri ini, maka terpulanglah kepada rakyat untuk merebut setiap peluang yang telah disediakan untuk mereka.

Mereka yang berminat, boleh membuat permohonan kepada PIJ selewat-lewatnya 10 September ini atau menghubungi 07-2277611.

Top