..."/>

KETUA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG KOMITED MEMBANTU PENIAGA KECIL

28 JANUARI 2016 – Pelbagai jenis makanan dijual oleh peniaga-peniaga tepi jalan di Bukit Dahlia Pasir Gudang. Makanan yang dijual dengan harga yang berpatutan membuatkan penduduk sekitar Bukit Dahlia Pasir Gudang lebih gemar membeli makanan daripada peniaga-peniaga tepi jalan berbanding di restoran yang berdekatan.

Tempat yang menjadi tumpuan ini menjadi semakin ramai dengan pembeli adalah pada waktu pagi dan petang. Menurut seorang pengunjung yang selalu membeli di kawasan ini memberitahu, pisang goreng merupakan pilihan yang paling digemari dan mendapat sambutan yang paling ramai.

Sehubungan dengan itu, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang sangat mengambil berat dan telah meluluskan sebanyak RM 2 juta menerusi Perbadanan Islam Johor dengan pembangunan Usahawan Inkubator yang akan diujudkan di Bukit Dahlia.

Hampir kesemua peniaga yang berniaga merupakan golongan orang muda. Pelbagai pendedahan berkenaan perniagaan telah dilakukan untuk memberi peluang kepada anak muda untuk terus menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

Top