..."/>

KETUA CAWANGAN PERLU LEBIH AGRESIF MEMBAWA SUARA AKAR UMBI

6 FEBRUARI 2016 – Perjumpaan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin bersama ketua-ketua cawangan Zon Scientex telah berlangsung di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Amanpuri pada jam 8.30 malam. Antara cawangan yang terlibat adalah Cawangan Heliconia, Amanpuri, Casuarina, Scientex, Scientex 2, Impiana dan Alpinia.

Antara isu dan permasalahan yang dibentangkan ialah berkenaan infrastruktur, pembangunan akademik pelajar dan tumpuan penambahan pengundi. Menurut YAB Ketua UMNO Bahagian yang juga merupakan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Johor juga meminta setiap ketua cawangan bersifat lebih agrasif dalam melontar pendapat berkenaan permasalahan akar umbi.

“Peluang yang ada sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk bertanya soalan-soalan yang melibatkan isu nasional agar kamu boleh memberi penerangan pada peringkat cawangan masing-masing”

“Segala soalan dan permasalahan yang diajukan pada saya akan memudahkan saya menyusun strategi bagi mengatasi masalah yang dialami oleh akar umbi.” Katanya.

Turut hadir  dalam perjumpaan bersama ketua UMNO Bahagian ialah Puan Hajjah Normala Samat, ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Top