..."/>

Kerajaan Negeri Umum Inisiatif Baru Penyaluran Zakat

Kerajaan Negeri menerusi kerjasama dengan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengumumkan inisiatif baru bagi memastikan penyaluran zakat dapat diberikan kepada golongan sasaran dan lebih meluas. Fokus dalam memperkasa agihan zakat tahun ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, meningkatkan kadar bantuan kewangan, memperhebat Program Jejak Asnaf dan melaksanakan Skim Bantuan Rumah untuk golongan fakir & miskin. Antaranya ialah ;

1. Rumah transit itu bertujuan untuk memberikan penempatan kepada golongan fakir dan miskin yang tidak mempunyai tanah. Sekiranya mereka telah keluar dari kelompok kemiskinan, rumah itu boleh digantikan dengan orang lain pula

2. Menaikkan jumlah dermasiswa pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara daripada RM4,000 kepada RM6,000.

3. Bagi pelajar ke Jordan pula bantuan dinaikkan kepada RM8,000 berbanding RM4,000 sebelum ini. Kenaikan tersebut melibatkan tambahan perbelanjaan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta setahun.

4. Bantuan sara hidup bulanan juga akan dinaikkan dengan kadar minimum RM300 sehingga had maksimum RM750, tanpa mengambil kira penerima telah mendapat bantuan daripada kerajaan pusat ataupun tidak. Pertambahan ini akan membabitkan pertambahan perbelanjaan kepada RM6 juta setahun.

5. Bantuan hari raya juga meningkat daripada Rm 5.474 juta kepada RM8.91 juta setahun.

6. RM10 juta untuk membina 250 rumah baru berharga RM40,000 seunit yang membabitkan pertambahan peruntukan RM6.2 juta.

7. Bantuan yuran persekolahan sebanyak RM100 kepada 31,500 pelajar di negeri ini yang memerlukan

Top