..."/>

Kenyataan Media Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin Mengenai Penyebaran Kenyataan Yang Didakwa Titah Tuanku Sultan Johor

dato'

Kenyataan Media Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin Mengenai Penyebaran Kenyataan Yang Didakwa Titah Tuanku Sultan Johor
1 September 2015
Kerajaan Negeri Johor hari ini menafikan kenyataan yang disebarkan di media sosial baru-baru ini, tentang dakwaan bahawa kononnya DYMM Tuanku Sultan Johor bertitah mengenai parti UMNO yang perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah.
Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin menegaskan Tuanku Sultan tidak pernah menulis atau bertitah sedemikian rupa.
Mohamed Khaled berkata beliau telah dititahkan oleh Tuanku Sultan untuk menafikan sekeras-kerasnya kesahihan kenyataan itu.
Tindakan penyebaran fitnah itu adalah berniat jahat, semata-mata untuk melaga-lagakan hubungan baik yang sedia terjalin di antara pihak istana Johor dan kerajaan.
Susulan akan dibuat bagi mengenalpasti pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan tindakan perundangan akan diambil oleh kerajaan negeri.
Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan dari pihak Penasihat Undang-Undang Negeri berhubung isu ini, tegas Mohamed Khaled lagi.
Tamat.
*Maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor Encik Ahmad ‘Asri bin Khalbi di 019-7287642 atau 07-2666366
‪#‎muafakatjohor‬ ‪#‎jauharku‬

Top