..."/>

Kenyataan Media Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor

11 Januari 2017.

Bagi seluruh rakyat negeri Johor, saya merakamkan ucapan takziah kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga serta seluruh rakyat Sarawak, di atas kepulangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ke rahmatullah.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat Bumi Kenyalang dan Malaysia amnya, lebih-lebih lagi beliau sedang rancak melaksanakan pelbagai inisiatif memajukan negeri itu.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati Allah SWT.

Al-Fatehah.

Top