..."/>

KEMAJUAN BUKAN DIUKUR DENGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TETAPI NILAI MODAL INSAN – KHALED NORDIN

IMG_20160305_152034

5 MAC 2016 – YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas berkesempatan melihat dan meninjau perkara yg disarankan serta cabaran yg dihadapi oleh setiap sekolah yang berada di kawasannya.

Dalam perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya kali ke 21, beliau menegaskan bahawa pencapaian prestasi sekolah dan anak-anak harus dipertingkatkan supaya pelajar mempunyai masa hadapan yg sempurna sekaligus dapat mengukur pencapaian sekolah.

Walaupun sibuk dengan tugas selaku Menteri Besar, beliau tidak melupakan pengundi di kawasan permas kerana sekolah SMK Permas Jaya merupakan antara sekolah yang  menjadi penyumbang terbesar dalam melahirkan pelajar berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum di dalam Dun Permas.

“Nilai yang perlu dipegang oleh pelajar ialah nilai permuafakatan antara kaum, selaras dengan abad ke 21 iaitu abad penguasaan ilmu pengetahuan.”

“Sejauh mana rakyat di dalam negari ini menjadi modal insan dan tauladan kepada orang lain dimana seseorang itu perlu mengusai ilmu, kebersaingan globalisasi untuk menjadikan negeri Johor ini maju.” Katanya.

Beliau juga menegaskan ibu bapa tidak bergantung hanya pada sekolah untuk memberi pendidikan secara berterusan.

YAB Dato’ Mohamed Khaled juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 Ribu kepada sekolah bagi pembangunan insfrastruktur dan kebajikan sekolah.

Top